KUALA LUMPUR: Faktor kerja yang susah dan gaji yang rendah dikenal pasti punca, komuniti bukan Bumiputera kurang minat menyertai perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini setakat ini tidak sampai tiga peratus daripada bukan Bumiputera menyertainya kerana kurang minat dengan skop kerja badan keselamatan itu.
"Ini merupakan satu masalah yang perlu ditangani, tetapi seperti disebutkan tadi kerja susah, gaji kurang lumayan, bertugas tidak tentu masa dan kadang-kadang tidak dapat bersama keluarga ketika perayaan merupakan antara punca mengapa mereka kurang berminat.
"Ini adalah kekangan yang dihadapi ATM dan Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk menggamit penyertaan anak-anak Malaysia yang bukan daripada Bumiputera," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang ingin tahu usaha khusus dan berfokus Mindef dalam menarik minat lebih ramai anak muda dari kaum bukan Melayu menyertai ATM.
Sementara itu, Mohamad berkata tiada kuota ditetapkan bagi pengambilan anggota ATM dan ia mengikut kepada penyelarasan dengan jumlah anggota yang tamat perkhidmatan seperti bersara awal atau wajib.
Namun katanya ketika ini 3,000 perjawatan ATM tidak dapat dipenuhi susulan pandemik COVID-19 serta kekangan tempat latihan sedia ada.
"ATM sememangnya sentiasa mengiklankan pengambilan (anggota ATM) setiap tahun dan sebelum COVID-19 lebih kurang 6,500 ke 7,000 lebih orang diambil untuk mengisi kekosongan orang yang bersara.
"Tentera ini dia ada skim masa pendek kerja 15 tahun, umur 40 tahun sudah berhenti, jadi ini masalahnya, malah banyak orang tidak mahu masuk tentera terutamanya banyak bukan Bumiputera tidak mahu sebab kerjanya pun 24 jam satu hari," katanya.
Mohamad menjawab soalan asal dikemukakan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) mengenai cadangan kementerian itu untuk menambah bilangan anggota ATM untuk menampung keperluan pekerjaan anak-anak muda.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 28 2023
Tiada kuota ditetapkan bagi pengambilan anggota ATM dan ia mengikut kepada penyelarasan dengan jumlah anggota yang tamat perkhidmatan seperti bersara awal atau wajib. - Gambar hiasan
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.